Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Virus Outbreak Malaysia

Ujian COVID-19 Guna Air Liur Akan Dilakukan Di Malaysia – Lebih Efektif Dan Efisien

Diterbitkan Februari 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Umum mengetahui dimana swab test perlu dilakukan setiap kali terdapat kes COVID-19 dikesan bagi kontak rapat. Kebiasaannya, ujian saringan ini dibuat melalui mulut dan juga hidung. Malah, perlu hadir ke klinik bagi melakukan ujian tersebut.

Namun, situasi ini mungkin akan berubah tidak lama lagi kerana MyEG sedang merancang untuk membuat ujian COVID-19 berdasarkan sampel air liur. Menariknya, anda hanya berbuat demikian dari rumah atau di tempat kerja sahaja.

Jadi, bagaimana ujian ini dilakukan?

Tidak bermakna anda boleh sewenang-wenangnya menggunakan air liur sendiri yang kemudiannya dihantar untuk dibuat ujian.

 

Sebaliknya, MyEG akan membekalkan kit diagnostik kepada profesional perubatan berlesen yang membolehkan sampel air liur diambil terus dari rumah atau tempat kerja.

Ujian COVID-19 Guna Air Liur Akan Dilakukan Di Malaysia – Lebih Efektif Dan Efisien

Seterusnya, sampel ini akan dihantar ke makmal rakan kongsi untuk diproses. Sementara keputusan ujian akan dapat diketahui dalam tempoh sehari hingga dua hari bekerja.

Dengan kaedah ini, ia lebih selamat, efektif, efisien dan juga lebih cepat untuk dilaksanakan. Tambahan lagi, orang ramai tidak perlu lagi bersesak bagi mendapatkan giliran.

Perkhidmatan ini pertama kali diperkenalkan di Filipina dan kini negara tersebut sedang menggunakan kaedah ini.

Selain itu, kit ini turut mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Filipina, negara jiran seperti Singapura dan juga Indonesia.

Keberkesanannya dapat dibuktikan apabila ia dapat mengesan varian baharu COVID-19 seperti yang dilaporkan di UK, Afrika Selatan dan Brazil.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY