Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (344)

Ucapkan Selamat Tinggal Untuk Sokongan MicroSD Pada Siri Galaxy S21

Diterbitkan Januari 15, 2021 oleh Meor Hasyim

3 telefon yang telah diperkenalkan untuk siri Samsung Galaxy S21 membawakan banyak naik taraf, fungsi dan ciri menarik terutamanya pada Galaxy S21 Ultra.

Namun, tahukah anda siri Galaxy S21 ini turut juga membuang satu ciri popular mereka iaitu sokongan microSD.

Walaupun storan yang diterima masih lagi besar iaitu 256GB dan 512GB untuk S21 Ultra, sokongan microSD pada telefon Samsung merupakan ciri yang digemari kebanyakan pengguna.

Jika melihat kepada spesifikasi rasmi mana-mana model Galaxy S21 pada laman rasmi Samsung, anda langsung akan tidak menjumpai perkataan microSD disebut.

Secara tidak langsung, mungkin pada masa hadapan kita akan melihat model-model telefon pintar Samsung pun turut sama tidak mempunyai sokongan microSD juga.

Nampaknya bukan sahaja kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada fon telinga dan pengecas dalam kotak pembelian, ciri microSD pun turut menerima nasib sama.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY