Uber Melarang Seorang Aktivis Menggunakan Perkhidmatannya Selepas Tweet Anti-Islam

Uber pada hari rabu telah menghalang seorang wanita dari menggunakan perkhidmatannya selepas tweetnya yang berbau anti-islam.

Laura Loomer, seorang aktivis politik konservatif berhaluan kanan telah membuat tweet di akaunnya yang mengatakan yang sukar mendapat perkhidmatan Uber yang dipandu oleh orang bukan islam.

Dia yang menulis tweet tersebut semasa sudah lewat ke sidang media polis New York. Dia menambah lagi yang pihak Uber dan Lyft patut meletakkan pilihan untuk memanggil pemandu yang bukan islam. Loomer memberi alasan yang dia tidak mahu menyokong pemandu imigran yang beragama islam.

Pihak Uber walau bagaimanapun tidak memberi komen atas insiden 'ban' ini. Ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku kerana sebelum ini Uber pernah melarang 'white supremacist', James Allsup dari menggunakan perkhidmatan mereka ekoran kelakuan mereka yang bersifat perkauman.

Sumber