Uber Di Asia Tenggara Berkemungkinan Dijual Kepada Grab

Spekulasi mengenai penjualan Uber di rantau Asia Tenggara telah bermula sejak dari awal tahun dan kali ini ia timbul sekali lagi.

Laporan mendakwa Uber bersedia menjual divisyen Asia Tenggara sebagai pertukaran kepada sebahagian pegangan didalam syarikat Grab.

Langkah ini dilihat mirip seperti apa yang berlaku di China apabila Uber menjual 20% pegangan syarikat kepada Didi, dan di Rusia pula mereka menjual sebanyak 37% kepada Yandex.

Buat masa sekarang, tiada lagi perjanjian yang termeterai antara dua pihak dan belum pasti bilakah ia akan berlangsung.

Menurut ketua pegawai perniagaan Uber bagi rantau Asia Pasifik, Brooks Entwistle, pemilikan Grab keatas Uber  di Asia Tenggara tidak memberi kesan kepada jenama kedua-dua perkhidmatan itu, Uber akan terus beroperasi secara bebas.

Sumber: CNBC dan Marketing Interactive