Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UBAT KUMUR

Ubat Kumur Bukan Untuk Rawatan COVID-19

Diterbitkan Januari 14, 2021 · Dikemas kini Januari 14, 2021 oleh ariff bukhari

Berikutan penyebaran dakwaan ubat kumur sebagai rawatan COVID-19, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa ubat kumur adalah bukan rawatan untuk COVID-19.

Sebaliknya penggunaan ubat kumur hanyalah sebagai langkah pencegahan sahaja. Sama sepertimana penggunaan sanitasi tangan atau membasuh tangan dengan sabun.

Menjelaskan penyebaran dakwaan ubat kumur sebagai rawatan COVID-19, Dr Iqbal Rosali dari KKM menyatakan bahawa memang ada kajian berkaitan penggunaan bahan ubat kumut dan kaitannya dengan virus COVID-19.

Namun begitu sehingga kini masih belum ada sebarang bukti menyatakan penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus tersebut.

“…virus COVID-19 ada dalam tubuh badan orang yang dijangkiti. Macam mana dengan berkumur sahaja boleh hapuskan virus ni. Berapa kali kena berkumur baru boleh bebas dari virus ni.” Dr Iqbal Rosali.

Beliau menambah, ubat kumur mengandungi bahan yang dikenali sebagai povidine iodine dan chlorohexidine. Bahan-bahan ini sememangnya digunakan untuk membunuh virus dan bakteria di permukaan.

Tapi bukan sebagai rawatan untuk COVID-19.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,599
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
©2026 WISER.MY