Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
uae haramkan media sosial

UAE Haramkan Media Sosial Untuk Remaja Bawah 15 Tahun

Posted on Jun 22, 2026Jun 22, 2026

Emiriah Arab Bersatu atau United Arab Emirates (UAE) menjadi negara Arab pertama menyekat individu bawah 15 tahun daripada membuka akaun media sosial di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, Snapchat dan X.

Syarikat-syarikat ini diberi tempoh peralihan selama 12 bulan untuk mematuhi peraturan tersebut.

Di bawah resolusi ini, kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dilarang mencipta dan menggunakan akaun media sosial peribadi. Ini bermakna mereka juga tidak dapat untuk memuat naik kiriman, meninggalkan komen dan menyertai kumpulan, jelas wakil kerajaan.

Platform dikehendaki melaksanakan proses pengesahan umur dan menghapuskan akaun sedia ada yang dikenal pasti dimiliki oleh kanak-kanak bawah 15 tahun.

Bagi kanak-kanak yang disahkan berusia 15 tahun dan ke atas, mereka dibenarkan untuk terus menggunakan media sosial namun platform perlu melengkapkan akaun mereka dengan ciri keselamatan seperti memastikan hanya kandungan yang sesuai dengan usia mereka, kawalan tempoh tontonan, sekatan berinteraksi dengan pengguna tidak dikenali dan lain-lain.

Dalam proses pengesahan umur, kerajaan UAE juga menetapkan supaya platform hanya boleh mendapatkan data yang diperlukan sahaja dan secara minimum agar tiada maklumat sensitif individu disalah guna.

Jika syarikat pengendali media sosial gagal untuk patuh, mereka akan dikenakan penalti dan berisiko disekat daripada negara itu jika gagal mengikut peraturan ini.

Jika anda ketinggalan, Malaysia sendiri sudah mengharamkan individu bawah 16 tahun daripada mencipta akaun media sosial melalui Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang berkuat kuasa sejak 1 Jun 2026.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress