Selain terlibat dalam penyediaan data harian percuma kepada pengguna sepanjang tempoh PKP berjalan, U Mobile kini meneruskan sokongan dengan memberikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan perubatan.
Semalam, sejumlah 100 unit telefon lengkap dengan kad sim pascbayar GX68 telah diserahkan kepada dua hospital; Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Sungai Buloh.
Melalui sumbangan ini, U Mobile menyatakan ia akan memudahkan pasukan perubatan menghubungi pesakit dibawah siasatan (PUI), juga menjalankan pengesanan hubungan.
Tidak cukup dengan itu, sebuah tapak rangkaian sementara telah dibina berdekatan Hospital Sungai Buloh. Ia berfungsi untuk meningkatkan lagi liputan disekitar kawasan tersebut dan merupakan kerjasama antara U Mobile, ZTE dan edotco.
Berkaitan
- Pengguna Unifi Kajang Mungkin Terjejas Akibat Kabel Terputus
- Sambungan Dari Telefon Pintar Ke Komputer Lebih Mudah Dengan Microsoft Launcher
- Kawal Nissan GT-R Dengan Hanya Alat Kawalan PlayStation 4
- Telefon Pintar Samsung Dengan Grafik AMD Radeon Dijangka Hadir 2021
- Breaking Bad Akan Kembali, Tetapi Sebagai Aplikasi Permainan
- Peranti-Peranti Huawei Yang Mula Dijual Hari Ini
- PES 2017 Sudah Mula Ditawarkan Pada Platform Telefon Pintar
- Panasonic Cipta Megaphone Yang Mampu Menterjemah Bahasa
- Berapa Lama Jangka Hayat Produk Apple? Ini Kiraan Dari Penganalisis
- Nokia 9 Dikhabarkan Membawa Tetapan Dwi Kamera Utama Dan Snapdragon 835