U Mobile Dan Microsoft Tawar Pakej Aplikasi Office, Suara Serta Data Tanpa Had

Pengendali rangkaian dalam negara, U Mobile kini menjalin kerjasama dengan Microsoft untuk menghadirkan pakej menarik serta mampu milik dalam usaha membantu pendigitalan perniagaan di Malaysia.

Kapsyen: Dari Kiri: Iva Chan (Pengurus Pengarah Bersepadu Microsoft), Michal Golebiewski (Ketua Pegawai Pemasaran & Operasi Microsoft), Wong Heang Tuck (Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah, U Mobile), Jasmine Lee (Ketua Pegawai Pemasaran, U Mobile), Chen Chiat Chiat (Ketua Pegawai Kewangan, U Mobile)


Dikenali sebagai GoOffice, ia merupakan pakej yang menggabungkan penawaran suara, data dan aplikasi Microsoft Office 365  kepada semua perniagaan terutama sekali bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ciri-ciri yang ditawarkan menerusi GoOffice:

  • Microsoft Office 365 untuk Perniagaan

    • Microsoft Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Access
      (pada komputer sahaja)

    • Kapasiti penyimpanan cloud sebanyak 1TB pada OneDrive

    • Sehingga 15 peranti (telefon pintar, Mac/PC, tablet)



  • 1 x Talian Pascabayar Utama

    • Suara dan data tanpa had

    • 4GB data Roam-Onz, yang membolehkan perantauan data di 12
      destinasi

    • 20GB untuk hotspot



  • 2 x Talian Pascabayar Tambahan

    • Suara tanpa had

    • 6GB data berkelajuan tinggi

    • 500MB data Roam-Onz,

    • Waze tanpa had




Pemilik perniagaan boleh menambahkan talian tambahan serta pelbagai lesen
Microsoft Office 365 tambahan kemudian selaras dengan pertumbuhan perniagaan
mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari GoBiz.