Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Sekat Akaun ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk

Twitter Sekat Akaun ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk

Diterbitkan Disember 15, 2022 ยท Dikemas kini Disember 15, 2022 oleh Amalina Athman

Twitter kini telah membuat sekatan kekal ke atas akaun yang dikhususkan untuk menjejak lokasi jet peribadi Elon Musk.

Berkaitan

  • Tolak Tawaran RM20 Ribu, Elon Musk Sekat Remaja Yang 'Stalk' Jet Beliau
  • Elon Musk Tidak Akan Sekat Akaun Yang 'Stalk' Jet Beliau, Ini Respons Pemiliknya Jack Sweeney

Akaun itu, @ElonJet yang dicipta oleh seorang remaja Jack Sweeney mempunyai lebih 500,000 pengikut di Twitter. Ia berfungsi 24/7 untuk mengesan lokasi pesawat Musk dengan menggunakan data penerbangan yang tersedia dan seterusnya berkongsi ciapan di Twitter dengan menggunakan bot.

Selain akaun berkenaan, akaun peribadi Jack iaitu @JxckSweeney turut menerima nasib yang sama.

Twitter Sekat Akaun ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk

Sebelum ini, Musk berkata beliau tidak akan menggunakan kuasanya untuk menurunkan atau menyekat akaun Twitter yang menjejak jet peribadinya walaupun ia bahaya untuk keselamatan, kerana berpegang kepada kebebasan bersuara.

Kini, dalam ciapan terbaharu, Musk menyatakan mana-mana akaun yang menyiarkan maklumat lokasi seseorang secara masa nyata (real-time) akan disekat, kerana melanggar keselamatan fizikal.

Bagaimanapun, Musk menjelaskan tidak menjadi isu jika menyiarkan lokasi yang dilalui seseorang dengan sedikit lewat dan bukannya secara real-time.

Last night, car carrying lil X in LA was followed by crazy stalker (thinking it was me), who later blocked car from moving & climbed onto hood.

Legal action is being taken against Sweeney & organizations who supported harm to my family.

— Elon Musk (@elonmusk) December 15, 2022

Sebagai tambahan, Musk berkata tindakan undang-undang sedang diambil terhadap Sweeney dan organisasi yang membahayakan keselamatan keluarganya.

Dalam pada itu, Twitter Safety memaklumkan telah mengemas kini dasar Maklumat Peribadi untuk melarang perkongsian lokasi langsung orang lain.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY