Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter office

Twitter Padam Rajutan Dan Halaman Polisi Yang Tidak Benarkan Pautan Media Sosial Lain Di Sana – Mungkin ‘U-Turn’?

Diterbitkan Disember 19, 2022 · Dikemas kini Disember 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Twitter beberapa jam lalu mengeluarkan polisi baharu yang mengehadkan akses terhadap perkongsian profil media sosial lain di platform itu, Kata Twitter, mereka tidak lagi membenarkan promosi percuma sesetengah media sosial di sana.

Mereka akan membuang akaun yang didapati hanya bertujuan untuk mempromosi platform sosial lain dan mengandungi pautan atau profil Instagram, Facebook,  Mastodon, Truth Social, Tribel, Nostr dan Post.

Twitter saying u can’t post links to other social channels

Malah, pautan linktr.ee dan lnk.bio yang kumpulkan pautan dalam satu halaman juga tidak dibenarkan. Penggunaan perkataan ‘dot’ menggantikan ‘.’ dalam mempromosi pautan media sosial lain juga melanggar polisi ini.

Namun, platform TikTok tidak pula dimasukkan. Bermakna, pengguna yang mempromosi akaun TikTok mereka tidak menyalahi undang-undang Twitter.

Image

Jika pengguna melakukan pelanggaran polisi ini, mereka akan diminta untuk memadam twit. Selain itu, akaun mereka juga boleh digantung.

Bagaimanapun, Twitter masih membenarkan kiriman rentas platform. Jika pengguna berkongsi pautan atau username daripada platform yang tidak disenaraikan juga, ia tidak dikira sebagai kesalahan.

Berkaitan

  • Elon Musk Mahu Naikkan Had Karakter Tweet Kepada 4,000 Patah Perkataan
  • 6 Kad Kredit Untuk Anda Yang Banyak 'Shopping Online'
  • Gurman: Pelancaran Model MacBook Pro Baharu Dijangka Pada Awal 2023
  • "Perlukah Saya Berundur?" - Elon Musk Lancar Undian Di Twitter

Jack Dorsey, bekas CEO Twitter turut mempersoal tindakan syarikat di bawah kendalian Elon Musk itu dengan mengatakan ia tidak masuk akal. Beliau mempunyai pelaburan dalam Nostr, salah satu laman sosial disekat melalui polisi baru ini.

Namun, rajutan twit ini nampaknya sudah dipadam. Bukan itu sahaja, malah halaman polisi juga didapati sudah tidak tersedia. Ralat 404 dipaparkan, mungkin Twitter sedang mengubah polisi mereka selepas menerima kecaman pengguna.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY