Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
emoji malaysia

Twitter Ada Emoji Khas Sempena Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2021

Diterbitkan Ogos 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Kebangsaan negara yang ke-64 dan Hari Malaysia. Oleh itu, bersempena dengannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan pihak Twitter dalam membangunkan sebuah emoji khas.

Ia juga adalah sebahagian inisiatif Malaysia Prihatin bersempena dengan sambutan tersebut. Melaluinya, emoji itu dipadankan dengan tanda pagar (hashtag) seperti #MalaysiaPrihatin, #MalaysiaMerdeka, #MenangBersama dan #HariMalaysia.

Pengguna hanya perlu memasukkan tanda pagar berkenaan dan emoji tersebut akan dipapar secara automatik. Namun, ia boleh mula digunakan pada 31 Ogos sehingga 16 September 2021.

Jadi, bagi pengguna Twitter, ini adalah masa untuk anda menzahirkan perasaan dan semangat cinta kepada negara.

Sumber: MCMC

Baca juga:

  • Ada Individu Menggunakan Nama Pengerusi SKMM Untuk Urusan Pemerolehan Dan Pembayaran Kepada Vendor Antarabangsa.
  • SKMM Menafikan Menyekat Artikel Terbitan Portal Berita Luar Negara
  • Miliki Peranti Pintar Serendah RM1 Dari 6 Syarikat Telekomunikasi Utama Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY