TV yang menggunakan panel OLED ini merupakan di antara TV yang tercanggih dalam pasaran buat masa ini kerana ia mempunyai ciri-ciri yang menyerupai sebuah monitor gaming.
Dengan kehadiran pemproses Alpha 9 Gen 3 AI LG yang baru, port HDMI 48Gbps dan resolusi 8K membolehkan ia mendapat kemampuan sebenar kad grafik tersebut. Termasuk ciri 8K dengan kadar segar semula 60Hz.
Sebenarnya, sokongan Nvidia bukanlah perkara baru dalam TV LG. TV OLED 4K yang ada sekarang juga membawa teknologi Nvidia G-Sync, yang membolehkan ia menyampaikan permainan yang menggunakan siri RTX 20 dan siri GTX 16 tanpa sebarang masalah.
Tambahan lagi, TV LG OLED 8K ini juga menyokong Dolby Atmos dengan kecerdasan buatan dan deep learning yang akan membantu dan memperbaiki mutu audio.
Pemain pasti akan terpesona dengan prestasi di TV ini semasa bermain permainan PC 8K terbaru yang menampilkan ciri AI yang paling realistik dan ray-tracing yang dikuasakan oleh RTX 3090.
Berkaitan
- TV Android Kini Dah Ada sooka Tapi Tak Semua TV Dapat
- Bukan Telefon Sendiri, LG Mungkin Jual iPhone Pula Di Kedai Mereka
- LG Dilapor Sedang Membangunkan Teknologi OLED Baharu
- Gigabyte Malaysia Umum Harga Jualan Siri RTX 3080 Bermula RM 3,789
- Nvidia DLSS Kini Sokong Lebih Banyak Permainan Seperti COD Warzone Dan Outriders
- Gigabyte Lancar Aorus RTX 3090/3080 Gaming Box - eGPU Dengan Penyejukan Cecair Untuk Komputer Riba
- Destiny 2 Terima NVIDIA Reflex Dengan Kemaskini GeForce Baharu
- Samsung Dan LG Dilapor Sedia Bekalkan Paparan Berlubang Untuk iPhone 14
- realme Umum TV Pertama Mereka Yang Gunakan Teknologi SLED
- LG Umumkan Peranti Kelas Permulaan - K62, K52, K42