Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Russian cybersecurity company Kaspersky Lab

Tutup Operasi Di AS, Kaspersky Akan Memberhentikan Puluhan Pekerja

Diterbitkan Julai 18, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat keselamatan siber Rusia, Kaspersky akan memberhentikan berpuluh-puluh kakitangan dan meninggalkan pasaran A.S. berikutan perintah kerajaan A.S. pada bulan Jun lalu yang melarang penjualan dan penggunaan perisian syarikat itu, ekoran dakwaan risiko keselamatan.

Menurut laporan, Dianggarkan terdapat kurang daripada 50 pekerja Kaspersky di AS.

Kaspersky berkata, mereka akan “menamatkan secara beransur-ansur” operasi di A.S. mulai 20 Julai, apabila larangan itu berkuat kuasa, sambil menambah bahawa perniagaan A.S. “tidak lagi berdaya maju.”

Selepas 29 September nanti pula, apabila perintah larangan dikuatkuasakan, Kaspersky tidak lagi dibenarkan untuk melepaskan kemas kini perisian atau keselamatan kepada pelanggan A.S.

Kaspersky berkata bahawa mereka percaya Jabatan Perdagangan A.S. membuat keputusannya berdasarkan iklim geopolitik dan kebimbangan teori semasa, dan bukannya penilaian menyeluruh terhadap integriti produk dan perkhidmatan Kaspersky.

Kaspersky juga menegaskan, mereka tidak terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara A.S. Malah menyatakan bahawa syarikat itu telah membuat sumbangan besar dengan pelaporan dan perlindungannya daripada pelbagai pelaku ancaman yang menyasarkan kepentingan dan sekutu A.S.

Kaspersky sebelum ini pernah menyatakan hasrat mencabar larangan itu dengan meneruskan semua pilihan yang tersedia secara sah untuk mengekalkan operasi dan hubungan semasanya di sana.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Kerajaan AS Haramkan Perisian Antivirus Kaspersky

Sumber: Tech Crunch, Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY