Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WHO Bakal Lancarkan Aplikasi Covid-19 Pada Peranti Android Dan iOS

Trump Mahu Menghentikan Dana Kepada WHO

Diterbitkan April 15, 2020 oleh ariff bukhari

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan bahawa dia akan memberhentikan saluran dana dari A.S kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia berikutan Trump mengkritik cara pertubuhan mengendalikan isu pandemik Covid-19 dengan mendakwa WHO tidak memberikan informasi tepat tentang skop masalah wabak itu yang mula berlaku di dalam negara China.

Malah Trump menuduh kegagalan WHO untuk mengesyorkan negara-negara terjejas supaya menutup pintu sempadan daripada dimasuki pelawat asing lebih awal sebagai tragedi terbesar.

“The WHO failed in this basic duty and must be held accountable,” Trump.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan akan menghentikan dana yang disalurkan kerajaan A.S kepada pertubuhan itu.

Respon terhadap tindakan Trump, Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus meminta supaya Presiden A.S itu tidak mempolitikkan isu Covid-19.

“If you don’t want many more body bags, then you refrain from politicizing it.” Tedros Adhanom Ghebreyesus

A.S menyalurkan sekitar 14.6% dana kepada WHO antara tahun 2018 hingga 2019. A.S juga dilaporkan telah berjanji sebelum ini untuk menyalurkan dana sebanyak USD893 juta kepada WHO dalam tempoh 2 tahun ini.

Sumber: Cnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY