Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Masih Disenarai Hitam Oleh Pentadbiran Trump

Trump Mahu Amerika Melombong Sumber Mineral Bulan

Diterbitkan April 12, 2020 oleh ariff bukhari

Dalam laporan oleh laman Newsweek beberapa hari lalu mendedahkan, Presiden Amerika Syarikat, Donal Trump telah menandatangani perintah eksekutif yang membenarkan aktiviti perlombongan dilakukan di bulan.

Aktiviti perlombongan itu termasuklah melombong air, ais serta pelbagai lagi sumber mineral lain yang ada di bulan.

Perintah eksekutif yang dipanggil sebagai “Encouraging International Support for the Recovery and Use of Space Resources” itu yang berada di bawah “Outer Space Treaty 1967” membolehkan penggunaan sumber angkasa lepas seperti bulan, Marikh dan lain-lain.

Dalam tahun 2015 lalu, kongres Amerika telah meluluskan undang-undang khusus yang membenarkan syarikat-syarikat dari Amerika serta rakyatnya menggunakan sumber dari bulan dan asteroid.

“American industry and the industries of like-minded countries will benefit from the establishment of stable international practices by which private citizens, companies and the economy will benefit from expanding the economic sphere of human activity beyond the Earth.”

NASA (National Aeronautics and Space Administration) sebelum ini telah dilaporkan merancang untuk mendaratkan 2 angkasa lepas di bulan dalam tahun 2024 nanti.

Sumber: Newsweek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY