Tronsmart Perkenal Apollo Bold, TWS Yang Mampu Menjangkau 30 Jam Penggunaan

Semenjak Apple memperkenalkan AirPods, fon telinga TWS menjadi ikutan jenama lain. Sebagai alternatif kepada AirPods, Tronsmart telah melancarkan TWS Onyx Ace pada empat bulan lepas.

Terbaru, Tronsmart telah mengumumkan fon telinga TWS terbaharu iaitu Apollo Bold. Fon telinga ini menggunakan cip Qualcomm QCC5124 yang menawarkan sokongan pembatalan hingar aktif secara hibrid.

TWS Apollo Bold

Tronsmart Apollo Bold direka dengan teknologi pembatalan hingar hibrid (Feedforward & Feedback) yang membolehkan ia membatalkan sehingga 35dB bunyi hingar.  Ia juga dilengkapi dengan sokongan Bluetooth dan kawalan sentuh untuk mengaktifkan Voice Assistant.

Dari segi bateri, fon telinga ini boleh menjangkau sehingga 30 jam dengan penggunaan bersama pod pengecasan dan lebih 10 jam penggunaan bagi satu pengecasan penuh.



Antara spesifikasi lain yang terdapat pada Apollo Bold termasuk mempunyai 6 mikrofon serta ciri yang membolehkannya mengesan jika pengguna menanggalkan atau memakai fon telinga ini.

Tronsmart Apollo Bold dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Berkaitan