Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Trend “Thinnest Post” Popular Tapi Mungkin Sekejap Saja

Posted on September 29, 2025September 29, 2025

Dari video petak ke video HD skrin lebar dan 4K ultra lebar, kini muncul pula trend video yang dipapar dalam format 5120×1080.

Bagi anda yang mungkin tak tahu, kini sedang menjadi trend di platform media sosial di mana pengguna memuat naik video nipis dengan saiz paparan 5120×1080, sampaikan nak tengok pun jenuh (susah).

Tapi itulah tujuannya, bagi menarik pengguna untuk berhenti daripada scroll menonton ke video lain.

Trend yang dikenali sebagai “thinnest post” ini ialah gaya penyuntingan video baharu yang menampilkan format ultra tinggi tetapi dalam paparan yang sempit.

Secara teknikalnya, video dihasilkan dalam resolusi 5120×1080, adalah video dengan nisbah yang sangat lebar.

Tetapi, apabila dimuat naik di platform menegak seperti Instagram Reels atau TikTok, video itu kelihatan seperti satu jalur yang amat sempit pada skrin menegak.

Hasilnya, paparan ini melanggar kebiasaan susun atur Reels biasa yang lazimnya memenuhi ruang skrin menegak.

@pintst0n3

What the trend … 5120×1080 res The new ratio tranding #cinematic #filmmaking #videography #trending

♬ เสียงต้นฉบับ – Pintst0n3 – Pintst0n3

Aspect Ratio

Aspect ratio merujuk kepada nisbah antara lebar dan tinggi sesuatu video atau imej.

Nisbah ini biasanya ditulis dalam bentuk “lebar:tinggi”, contohnya 16:9 atau 9:16.

Jenis-Jenis Aspect Ratio

Terdapat pelbagai jenis aspect ratio yang biasa digunakan untuk video.

Antara format popular termasuklah 16:9 (skrin lebar untuk YouTube), 9:16 (video menegak untuk TikTok/Instagram Reels), 1:1 (video segi empat untuk media sosial), dan 21:9 (gaya sinematik).

  • 4:3 (TV tradisional)
    Ini adalah format klasik televisyen lama dan kamera retro. Walaupun jarang digunakan sekarang, ia kadangkala dipilih untuk gaya nostalgia.
TV lama dengan skrin 4:3 yang masih disimpan penulis. Di atasnya pula adalah pemain video kaset VHS.
  • 16:9 (skrin lebar)
    Ini adalah aspect ratio paling biasa digunakan, terutamanya di televisyen moden, YouTube, dan filem digital. Ia sesuai untuk tontonan skrin mendatar kerana memberi pengalaman visual yang luas dan semula jadi.

  • 9:16 (video menegak/potret)
    Popular di TikTok, Instagram Reels, dan YouTube Shorts, nisbah ini direka untuk tontonan pada telefon pintar secara menegak. Saiz yang paling biasa digunakan ialah 1080 x 1920px

 

  • 1:1 (Video petak segiempat sama)
    Video berbentuk segi empat sama sering digunakan di Instagram Feed dan Facebook. Kelebihannya ialah ia seimbang dan kelihatan baik pada skrin mendatar atau menegak.

  • 21:9 (sinematik/ultra lebar)
    Digunakan untuk filem di pawagam atau video bergaya sinematik, aspect ratio ini memberikan pengalaman tontonan yang lebih imersif dengan paparan lebih lebar.

Masih relevenkah aspect ratio?

Pemilihan aspect ratio bukan sekadar isu teknikal, tetapi juga strategi kreatif yang mempengaruhi pengalaman penonton mengikut kesesuaian dengan skrin bagi meningkatkan fokus dan keselesaan serta keberkesanan mesej yang disampaikan berdasarkan platform.

Tetapi, dengan trend “thinnest post” baharu dalam aspect ratio ini, ia memberikan perspektif yang sangat berbeza di mana pencipta kandungan boleh bereksperimen dengan aspect ratio unik.

Trend sebegini menunjukkan bahawa aspect ratio bukan lagi sekadar teknikal, tetapi juga satu bentuk kreativiti baharu di era media sosial.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan, aspect ratio merupakan asas penting dalam penghasilan video yang berkualiti dan memastikan mesej video sampai kepada penonton dengan cara terbaik.

Namun, dalam era media sosial yang serba pantas, trend seperti “thinnest post” menjadi popular kerana ia menampilkan sesuatu yang “luar biasa” dan pelik berbanding video-video lain yang menjadi kebiasaan dimuat naik pengguna.

Jadi, trend ini bukan sekadar “gimik visual”, tetapi adalah strategi untuk menarik perhatian penonton sekali gus mencipta kandungan viral.

Tapi, ia mungkin akan menjadi trend yang sementara sahaja kerana pengguna mudah jemu dan mahukan sesuatu yang fresh dan lain dari yang lain.

Jadi, selepas ini entah trend video yang macam mana pula akan muncul.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress