Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trak Bomba Di China Berkepala Dua, Boleh Dipandu Dua Arah Selaju 190Km/j

Trak Bomba Di China Berkepala Dua, Boleh Dipandu Dua Arah Selaju 190Km/j

Diterbitkan Julai 29, 2025 oleh ariff bukhari

Sebagai salah satu usaha bagi menangani cabaran semakin rumit ketika berdepan kes kecemasan di kawasan bandar yang padat, China telah membangunkan trak bomba unik yang mampu dipandu dalam kedua-dua arah tanpa perlu membuat pusingan U.

Inovasi ini direka khas untuk membantu pasukan penyelamat bergerak dengan pantas di lorong sempit, jalan buntu atau kawasan sesak yang sering menghalang kenderaan besar seperti trak bomba daripada membuat pusingan.

Ciri paling unik trak bomba ini ialah keupayaannya untuk bergerak kedua-dua arah pada kelajuan penuh tanpa berpusing yang menjimatkan masa berharga ketika kecemasan.

Reka bentuknya diinspirasikan daripada tragedi kebakaran Terowong Mont Blanc 1999 di Eropah yang meragut 38 nyawa.

Trak Bomba Di China Berkepala Dua, Boleh Dipandu Dua Arah Selaju 190Km/j

Trak bomba dua hala yang unik ini pertama kali diperkenalkan di Nanjing, China. Trak ini dibangunkan oleh syarikat Jerman MAN dan dibina oleh BAI di Itali, khusus untuk digunakan di terowong panjang.

Dikenali sebagai MAN BAI Janus 4000 “Bifronte”, namanya merujuk kepada dewa Rom Janus yang berkepala dua—melambangkan kemampuan trak ini untuk bergerak ke depan dan belakang tanpa henti.

Bernilai sekitar 9 juta yuan (RM935,000), ia boleh mencapai kelajuan sehingga 120 mph (193.12 km/h) dalam kedua-dua arah. Ia dilengkapi dengan tangki air 4,000 liter, tangki buih 1,892 liter, serta peralatan penyelamat.

Gabungan teknologi ini membolehkan pasukan bomba melakukan tindakan lebih pantas dan efisien dalam situasi mengancam nyawa yang sesuai digunakan di bandar besar yang mempunyai susun atur jalan kompleks serta ruang pergerakan yang terhad.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Meta Bangunkan Alat Seakan Jam Tangan Untuk Menaip Dengan Isyarat Tangan
  • Tesla Atasi EV China Dalam Ujian ADAS Di Negara Sendiri

Sumber: MES

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY