Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tragedi Goiânia 1987: Bencana Nuklear Serbuk Biru

Tragedi Goiânia 1987: Bencana Nuklear Serbuk Biru

Diterbitkan Mac 27, 2026 · Dikemas kini Mac 27, 2026 oleh ariff bukhari

Pada September 1987, dunia dikejutkan dengan satu tragedi radiasi yang berlaku di bandar Goiânia, Brazil—satu insiden yang kemudiannya dikenali sebagai kemalangan Goiânia.

Ia dianggap sebagai bencana nuklear paling serius di dunia yang tidak melibatkan loji tenaga nuklear.

Malah ia berlaku hanya setahun selepas insiden terburuk dalam sejarah nuklear iaitu insiden letupan stesen janakuasa nuklear Chernobyl, Kesatuan Soviet.

Insiden Goiânia ini pula berpunca daripada kecuaian pengendalian bahan radioaktif dalam sektor perubatan.

Insiden ini bermula apabila sebuah klinik radioterapi swasta yang telah ditinggalkan sejak 1985 masih menyimpan sebuah mesin rawatan yang mengandungi bahan radioaktif berbahaya yang dikenali sebagai cesium-137.

Mesin tersebut yang sepatutnya dilupuskan didapati tidak diurus atau dilupuskan dengan betul. Sebaliknya ia ditinggalkan di lokasi tersebut.

Sehinggalah pada 13 September 1987, dua pengutip besi buruk memasuki bangunan terbiar itu dan menemui peranti tersebut. Tanpa menyedari bahayanya, mereka membongkar mesin itu dan mengambil kapsul yang mengandungi serbuk cesium-137.

Bahan tersebut mengeluarkan cahaya biru yang menarik perhatian.

Tanpa disedari ia memancarkan radiasi yang sangat tinggi dan membawa maut, ia kemudian dibawa pulang dan akhirnya dijual kepada pemilik pusat kitar semula.

Di situ, serbuk radioaktif itu dikongsi pula dengan ahli keluarga dan jiran, malah ada yang menyapunya pada kulit dan membiarkan kanak-kanak bermain dengannya.

Tragedi Goiânia 1987: Bencana Nuklear Serbuk Biru

Tindakan ini menyebabkan pencemaran radiasi merebak dengan cepat dalam komuniti setempat.

Mangsa mula menunjukkan simptom seperti loya, muntah, keguguran rambut dan luka kulit yang serius.

Pada awalnya, gejala ini disalah anggap sebagai penyakit tropika biasa.

Namun, keadaan sebenar hanya disedari apabila seorang pakar fizik perubatan mengesan tahap radiasi tinggi menggunakan alat pengesan khas.

Secara keseluruhan, kira-kira 100,000 orang telah disaring untuk pendedahan radiasi, dengan sekitar 250 orang didapati tercemar.

Tragedi Goiânia 1987: Bencana Nuklear Serbuk Biru
Seorang juruteknik perubatan memeriksa tahap radiasi seorang lelaki di sebuah hospital sementara yang dibina di sebuah stadium pada 1 Oktober 1987, Goiânia, Brazil.

Pada awalanya, hanya empat kematian direkodkan, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Tetapi berlaku lagi 16 kematian akibat penyakit berkaitan kebocoran radiasi.

Ramai mangsa lain turut mengalami kecederaan radiasi yang teruk serta kesan kesihatan jangka panjang seperti peningkatan risiko kanser.

Pihak berkuasa Brazil melancarkan operasi pembersihan besar-besaran di dalam kawasan tercemar termasuk merobohkan rumah penduduk yang tercemar.

Beberapa pihak juga telah didakwa atas kecuaian kerana gagal memastikan keselamatan bahan radioaktif tersebut.

Insiden ini membawa kepada perubahan besar dalam dasar keselamatan nuklear di Brazil dan peringkat antarabangsa, termasuk garis panduan lebih ketat oleh agensi seperti International Atomic Energy Agency (IAEA).

Tragedi Goiânia ini telah memberikan inspirasi kepada penerbitan siri Netflix bertajuk “Radioactive Emergency” yang mengandungi 5 episod dan sedang ditayangkan di platform tersebut.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Struktur Pelindung Chernobyl Hilang Fungsi Utama Selepas Diserang Dron
  • DJI Lancar Dron Avata 360, Harga Dari RM2,599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY