Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Malware

ToxicPanda Ancam Pengguna Android Dengan Menyamar Aplikasi 99 SpeedMart Dan Google Chrome

Diterbitkan November 8, 2024 oleh ariff bukhari

Perisian hasad terbaru bernama ToxicPanda kini dikesan merebak secara global, mengancam pengguna Android dan akaun bank mereka.

Menurut firma keselamatan siber Cleafy, analisis mereka mendapati trojan yang berasal dari rantau Asia ini menyamar sebagai aplikasi popular seperti Google Chrome dan aplikasi perbankan, memudahkan penyebarannya ke negara-negara di Eropah dan Amerika Latin.

ToxicPanda Ancam Pengguna Android Dengan Menyamar Aplikasi 99 SpeedMart Dan Google Chrome
Ikon yang dikenal pasti diguna untuk penyamaran ToxicPanda.
toxicpanda 2
Contoh halaman pendaratan ToxicPanda

Penyelidik Cleafy dalam laporan mereka mendedahkan, ToxicPanda telah menjangkiti lebih daripada 1,500 peranti di rantau tersebut.

ToxicPanda direka untuk menembusi langkah keselamatan perbankan dan melakukan penipuan kewangan dengan memintas kata laluan OTP serta mengawal peranti dari jarak jauh.

Trojan ini menggunakan ciri aksesibiliti Android untuk mengawal fungsi peranti pada tahap tinggi, yang membolehkan pengambilalihan akaun dan pemindahan wang tanpa kebenaran.

“Matlamat utama ToxicPanda adalah untuk memulakan pemindahan wang daripada peranti yang terjejas melalui pengambilalihan akaun (ATO) menggunakan teknik yang dikenali sebagai penipuan pada peranti (ODF),” Penyelidik Cleafy.

Trojan ini merebak melalui pemuatan sisi (sideloading), di mana pengguna memuat turun aplikasi dari sumber luar seperti laman palsu.

Negara yang paling terjejas dengan ToxicPanda termasuklah Itali (56.8%), diikuti Portugal, Hong Kong, Sepanyol, dan Peru.

toxicpanda 1
Taburan geografi mangsa.

Cleafy mencadangkan ToxicPanda mungkin berasal dari China atau Hong Kong, namun identiti penciptanya masih tidak diketahui.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Audi Lancarkan Jenama AUDI Di China, Perkenal EV Yang Boleh Dicas 10 Minit Beri Julat 370 Km
  • Pengguna Pixel Terima Kemas Kini Betulkan Isu Kamera Senget

Sumber: Cleafy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
  • Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV
  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
  • Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
©2026 WISER.MY