Touch 'n Go Bakal Perkenal Servis E- Wallet

Tidak lama lagi, satu perkhidmatan pembayaran tanpa tunai dan tanpa kad  bakal dilancarkan Touch 'n Go menerusi kerjasama yang terjalin antara CIMB Group Holdings dan  Ant Financial Services Group (anak syarikat Alibaba).

Buat pengetahuan anda semua, Touch 'n Go merupakan syarikat subsidiari kepada CIMB dan melalui kerjasama dua syarikat tersebut, Touch 'n Go boleh memantapkan lagi sistem pembayaran mereka.

Jika dilihat kepada penggunaan Touch 'n Go yang sememangnya meluas, servis E-wallet ini merupakan naik taraf kearah sistem pembayaran yang lebih pantas dan mudah. Ia bakal dibangun berasaskan sistem pembayaran mudah alih Alipay yang mana menggunakan teknologi NFC.



Touch 'n Go E-wallet ini dijangka akan mula beroperasi mulai tahun 2018 dan awal Februari lalu ia menjalani ujian beta bagi kawasan TTDI.

Nampaknya sistem pembayaran mudah alih seperti ini mula diketengahkan dalam negara dan sebelum ini servis Samsung Pay turut ditawarkan pada kaunter-kaunter stesen minyak Petronas seluruh negara.

Sumber: The Star