Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tontonan Siaran Langsung CIMB Liga Super 2020 Secara Percuma!

Tontonan Siaran Langsung CIMB Liga Super 2020 Secara Percuma!

Diterbitkan September 1, 2020 · Dikemas kini September 1, 2020 oleh Nadiah Ab

Berita gembira buat peminat dan pengikut sukan bola sepak negara! unifi dari Telekom Malaysia (TM), penaja utama Liga Malaysia, menawarkan tontonan siaran langsung CIMB Liga Super 2020 secara percuma. Bermula dari 28 Ogos hingga 10 Oktober 2020, siaran langsung ini termasuk di unifi TV, unifi Play TV, dan juga YouTube.

Jika anda bukan pelanggan unifi, usah risau kerana ia bukan sahaja ditawarkan kepada pelanggan unifi, bahkan anda juga layak menikmati tontonan siaran langsung CIMB Liga Super 2020 secara percuma ini.

Cara-cara untuk menonton
  1. unifi TV set-top-box dan/atau unifi Plus Box – Saluran unifi Sports 1 hingga 5 tersedia secara percuma untuk pelanggan unifi TV (Saluran 701 – 705)
  2. Aplikasi unifi PlayTV – Anda boleh memuat turun aplikasi ini dari Apple App Store dan Google Play Store. Saluran unifi Sports 1 hingga 5 juga tersedia secara percuma untuk pengguna aplikasi tersebut.
  3. Saluran Rasmi YouTube unifi – Siaran langsung secara percuma di www.youtube.com/unifiistheone 

Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang platform dan juga jadual perlawanan, anda boleh rujuk gambar di bawah.

tontonan siaran langsung cimb liga super

Ayuh tunjukkan sokongan terhadap sukan bola sepak tempatan!

Sumber: Siaran Akhbar unifi

Baca lagi: Senarai Kedai Bundle Buat Peminat Bundle

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY