Senarai Kedai Bundle Buat Peminat Bundle

Sama ada anda menggelarnya 'thrift shop' atau 'kedai bundle', bilangan perniagaan kecil yang menjual barangan terpakai di Malaysia kini semakin melonjak.

Selain dapat menjimatkan duit, berbelanja di kedai bundle juga adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dan pencemaran alam sekitar. Secara tidak langsung, anda juga menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan dengan membantu perniagaan-perniagaan kecil.

Di sini kami himpunkan senarai antara kedai-kedai bundle yang terdapat di Malaysia buat peminat barangan bundle:

1. Baden Baden Bundle


senarai kedai bundle

Baden Baden Bundle adalah antara kedai bundle yang terawal dan paling popular di kalangan peminat barangan bundle. Di sini, terdapat segala jenis pakaian luar yang boleh anda dapatkan seperti jaket kulit, jaket denim, jaket bomber, jaket pelindung angin, baju sejuk hoodie dan banyak lagi. Barangan mereka diambil dari Jepun, menjadikannya agak mahal sedikit berbanding kedai yang lain.

Layari laman rasmi Baden Baden Bundle: Instagram | Facebook

2. JBR Bundle


senarai kedai bundle

JBR Bundle amat terkenal dengan stok pakainnya yang sangat banyak dengan harga yang murah. Dengan harga RM50, anda boleh dapatkan sekurang-kurangnya 4 pasang seluar denim. JBR Bundle juga menawarkan koleksi barangan terpakai seperti mainan kanak-kanak, basikal, barangan dapur, dan banyak lagi.

Layari laman rasmi JBR Bundle: Instagram | Facebook

3. Family Bundle




Kedai Family Bundle yang dikatakan 'OG' dalam industri bundle ini sudah pasti terkenal dalam kalangan penggemar bundle. Anda boleh dapatkan hampir kesemua barangan di sini termasuk pakaian dalam vintaj dan juga korset.

Layari laman rasmi Family Bundle: Facebook

4. Bandoru Store




Salah satu kedai Bandoru Store yang paling terkenal terletak di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dengan tema warna bendera Jepun. Ia terkenal dengan menawarkan pakaian preloved, asli, dan berkualiti yang diimport terus dari Jepun. Anda juga boleh dapatkan pakaian musim sejuk dan pakaian luar di sini.

Layari laman rasmi Bandoru Store: Instagram | Facebook | Laman Web

5. 2nd Street




2nd Street adalah syarikat yang ditubuhkan di Jepun yang mengeksport pakaian terpakai ke negara-negara Asia. Mempunyai lebih dari 550 cawangan di Jepun, 2nd Street juga telah membuka tiga cawangan di Malaysia. Disebabkan menawarkan banyak barangan berjenama dalam kedai yang berhawa dingin, harga barangan di sini agak mahal sedikit berbanding kedai bundle yang lain.

Layari laman rasmi 2nd Street: Instagram | Facebook | Laman Web

6. Jalan Jalan Japan


senarai kedai bundle

Jalan Jalan Japan sangat sesuai untuk anda yang mengumpul atau mencari barang mainan. Kedai ini juga menyediakan pilihan pakaian terpakai yang banyak yang telah diimport dari Jepun. Menariknya, dua cawangan mereka sering mengadakan acara bulanan, 'TaPauSab'. Melalui acara ini, pembeli boleh membeli satu beg dengan harga RM5 dan boleh mengambil pakaian perempuan sebanyak yang mungkin selagi boleh diisi ke dalam beg tersebut. Atau, anda boleh terus membayar RM10 untuk tiga beg. Seronok, bukan?

Layari laman rasmi Jalan Jalan Japan: Facebook | Laman Web

Sumber: Klook & SAYS

Baca seterusnya: Panduan Jenis-jenis Basikal Terbaik Untuk Peminat Basikal

Berkaitan