Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macro wifi

Tongyu Perkenal MacroWiFi – Liputan WiFi Sejauh 2KM

Diterbitkan Jun 20, 2025 · Dikemas kini Jun 20, 2025 oleh Amsyar Latif

Tongyu Communication dari China telah memperkenalkan MacroWiFi buat pertama kalinya di acara MWC Shanghai 2025. Teknologi ini merupakan penyelesaian liputan WiFi kawasan besar yang mampu menjangkau sejauh 1.5 hingga 2 kilometer, sesuai untuk kawasan terbuka, padat atau kritikal seperti bandar, kampus, dan zon bencana.

Penyelesaian ini menggunakan antena berkapasiti tinggi dan protokol penghantaran jarak jauh untuk memastikan sambungan stabil dan meluas.

Selain MacroWiFi, Tongyu turut menampilkan lima kategori produk utama yang memperkukuh kedudukannya dalam bidang komunikasi terkini.

Antara produk yang diperkenalkan termasuk penyelesaian komunikasi satelit yang menggabungkan teknologi Orbit Bumi Rendah (LEO) dan Orbit Geopegun (GEO) untuk kegunaan maritim, penerbangan, operasi kecemasan dan kawasan terpencil.

Tongyu Perkenal MacroWiFi – Liputan WiFi Sejauh 2KM
MWC Shanghai 2025 (PRNewsfoto/Tongyu Communication)

Syarikat ini juga mempamerkan antena stesen utama berkecekapan tinggi, antena MIMO berskala besar, antena penapis logam keping serta antena altitud rendah yang menyediakan liputan dari paras tanah hingga 600 meter di mana sesuai untuk aplikasi dron, komunikasi kecemasan dan rangkaian selular.

Tongyu turut mengumumkan bahawa mereka telah menubuhkan pangkalan pengeluaran di Hubei, China dan melabur dalam sektor satelit melalui usaha sama dan dana industri. Ini adalah langkah strategik bagi memperkukuh kedudukan mereka dalam rantaian bekalan global, khususnya dalam pembangunan muat beban satelit, stesen bumi dan terminal pengguna.

Menurut Naib Presiden Tongyu, Winnie Wu, teknologi syarikat kini telah berjaya digunakan dalam satelit percubaan untuk internet satelit dan menjadi sebahagian daripada bekalan kepada pengendali antarabangsa utama. Beliau menegaskan bahawa Tongyu terus menerajui inovasi teknologi komunikasi global dengan fokus kepada pembangunan berterusan dalam bidang seperti 5G-A, evolusi 6G dan ekonomi altitud rendah.

Berkaitan

  • Teknologi Li-Fi Akan 100 Kali Lebih Pantas Dari Wi-Fi, Ini Yang Perlu Anda Tahu
  • Wi-Fi Hotel Di Tokyo Adalah Yang Terpantas Di Rantau Asia Pasifik - OOKLA
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY