Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Akan Beri Rebat Bagi Pengguna Yang Terjejas Akibat ‘Blackout’ Rabu Lepas – Menteri

TNB Akan Beri Rebat Bagi Pengguna Yang Terjejas Akibat ‘Blackout’ Rabu Lepas – Menteri

Diterbitkan Julai 30, 2022 · Dikemas kini Julai 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

TNB akan menyediakan rebat kepada pengguna akaun yang terkesan dengan gangguan bekalan elektrik pada Rabu lepas yang melibatkan kawasan seluruh Semenanjung, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Ia berpunca daripada kerosakan pada Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor. Ia mengakibatkan kehilangan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.

“Kita dapati sejuta akaun berdepan gangguan bekalan elektrik Rabu lalu, membabitkan pengguna domestik, industri dan komersial,” tambah Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Peniaga besar misalnya yang beroperasi di KLCC boleh membuat tuntutan dengan menyatakan jumlah kerugian yang dialami kepada TNB.

Beliau juga menjelaskan keadaan yang berlaku tempoh hari di mana TNB terpaksa menghentikan bekalan elektrik di kawasan tertentu yang tidak kritikal demi kestabilan tenaga.

Ia juga untuk memastikan hospital, lapangan terbang serta Parlimen yang sedang bersidang waktu itu tidak terjejas.

Butiran terperinci mengenai rebat ini akan dibentang di Parlimen pada 4 Ogos ini.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY