Sistem tersebut dikenali sebagai EWAR.
Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi TM Research & Development (TM R&D) mengumumkan bahawa mereka telah berjaya membangunkan satu inovasi baru yang dapat membantu memudahkan pengesanan suhu awal tidak normal dalam khalayak ramai.
Ia sekaligus akan dapat membendung penularan wabak COVID-19. Inovasi terbaru itu dikenali sebagai Early Warning, Alert & Response atau singkatannya EWAR didakwa mampu mengesan suhu tidak normal membabitkan 15 individu bagi setiap saat secara serentak.
EWAR adalah sistem yang dilengkapi dengan dwi kamera berbeza iaitu kamera haba dan optik yang mampu mengesan suhu tidak normal sehingga mencapai 15 individu berturut-turut dalam tempoh sesaat.
Menurut TM, pembangunan EWAR telah bermula sejak pertengahan bulan Februari 2020 lalu dan ia dibangunkan menerusi Platform Inovasi Terbuka TM R&D yang merupakan platform pembangunan perisian terbuka pertama di Malaysia.
Pihak TM percaya, pembangunan EWAR adalah tepat pada masanya bagi membantu barisan hadapan mengesan dengan lebih pantas sekaligus melakukan pengasingan awal terhadap individu-individu yang disyaki telah dijangkiti COVID-19.
Ia dengan harapan akan dapat menawarkan bantuan yang amat diperlukan pasukan barisan hadapan untuk mengekang penularan wabak COVID- 19.
Berkaitan
- "Anda Pemenang Wang Tunai RM270 Ribu Dari TM". Percayalah Sangat
- Unifi Dan RTM Membawa Siaran TM Piala Malaysia Terus Ke Peranti Pintar Anda
- RTM Dan Astro Diumum Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2023
- SKMM Mendengar Keluhan Pengguna Tentang Isu Kelewatan TM Menaiktaraf Pelanggan Streamyx Ke unifi
- Vaksin COVID-19 Dibangunkan Universiti Oxford Didakwa Sangat Efektif, Murah Dan Lebih Mudah Dikendalikan
- Apple Dan Google Mengumumkan Bekerjasama Melawan Covid-19
- vivo Malaysia Terus Menyumbang Kepada Komuniti Yang Terkesan Dengan Pandemik COVID-19
- Ribuan Penduduk Di German Didakwa Tidak Disuntik Dengan Vaksin COVID-19 Tapi Terima Suntikan Larutan Garam
- Pencuri Larikan Kabel TM Sepanjang 44.2 Meter Sejauh 100km
- Petronas, TM Dan Sime Darby Plantation Menggilap Bakat Syarikat Pemula