Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM One_USIM Exchange of Momentos

TM Dan USIM Jalin Kerjasama Strategik, Tingkat Pengalaman Pelajar Di Era Digital

Diterbitkan Mac 10, 2023 oleh ariff bukhari

TM menerusi cabang perniagaan-ke-perniagaan mereka, TM One telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk kerjasama strategik bagi meningkatkan transformasi digital universiti tersebut dan menambah baik pengalaman pelajar dalam pembelajaran digital.

Dalam kenyatan media bersama mereka menyatakan, kerjasama ini akan berasaskan tiga teras iaitu:

  • penciptaan bersama ekosistem inovasi,
  • pembangunan bakat,
  • perkongsian pandangan  mengenai pengajian tinggi dan trend perniagaan – dengan matlamat untuk membangunkan USIM  menjadi sebuah universiti pintar. 

Pembangunan tiga teras utama ini akan membolehkan universiti itu melangkah ke arah pengalaman  pembelajaran digital yang lebih lancar dan meningkatkan proses pengalaman para pelajarnya.

Ini  termasuklah peperiksaan dalam talian, penyepaduan IT, keselamatan data sensitif dan harta intelek,  penyelesaian pintar di kampus dan penyelesaian mobiliti yang menyeluruh.

Paling utama,  kerjasama ini akan membolehkan pendekatan pembelajaran yang lebih kolaboratif antara fakulti  dan pelajar USIM, menyelaraskan universiti tersebut dengan keperluan pelajar global masa kini.

TM One_USIM All smiles from TM One and USIM representatives at the MOU signing

Memanfaatkan rangkaian luas penyelesaiannya, TM One akan menyokong pelan  transformasi digital USIM dalam lima kluster berbeza;

  • Tadbir Urus Pintar
  • Infrastruktur Pintar
  • Perkhidmatan Pintar
  • Pembelajaran Pintar
  • Gaya Hidup Pintar

TM menyatakan melalui usahasama ini, mereka akan menyokong perjalanan transformasi USIM melalui penyelesaian dan infrastruktur digital yang selamat dan  terkini.

Penyelesaian seperti keselamatan siber, perkhidmatan pintar dan mobiliti akan  meningkatkan keupayaan digital institusi, menambah baik pengajaran dan pembelajaran,  pentadbiran penyelidikan dan perkhidmatan pelajarnya.

Berkaitan

  • Infinix Umum Teknologi Pengecasan Pantas 260W Dan Wayarles 110W
  • Sari Kata Netflix Di TV Kini Boleh Diubah Suai
  • Viu Premium Tersedia Percuma Di Astro Ultra Box Selama 3 Bulan

Sumber: Media TM dan USIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY