Tingkatkan Kelajuan PC atau "Laptop" Dengan Menggunakan "Pendrive"

Tips kali ini kami kongsikan cara yang boleh anda cuba untuk meningkatkan kelajuan PC atau komputer riba anda. Cara ini tidak memerlukan kos yang besar, hanya sebuah "pendrive" terpakai sahaja. Teknik yang kami maksudkan ialah dengan menggunakan fungsi ReadyBoost. Kaedah ini berfungsi dengan menjadikan "pendrive" anda seolah sebuah storan SSD, yang mana ianya berfungsi khusus sebagai ruangan memproses data. Sekiranya PC atau "laptop" anda sudah  mempunyai Fungsi SSD, maka tidak perlulah anda menggunakan kaedah ini.

Caranya sangah mudah, ikut sahaja langkah-langkah berikut

Langkah 1

Masukkan pendrive yang sudah siap dikosongkan ke port USB komputer anda. Masuk ke MyComputer dan pilih Menu Properties



Langkah 2

Pada menu properties, pilih menu ReadyBoost pada bahagian atas paparan tersebut.



Langkah 3

Seterusnya pilih "Dedicate this device to ReadyBoost" dan klik "'Ok". Maka dengan itu, "pendrive" tersebut akan berfungsi seperti sebuah Storan SSD. Pastikan anda tidak mencabut pendrive tersebut semasa komputer masih beroperasi. Readyboost takkan berfungsi sekiranya "pendrive" ditanggalkan daripada komputer.



Untuk mendapatkan kelajuan maksimum pastikan anda menggunakan "pendrive" versi 2.0 keatas sahaja. Semoga bermanfaat.