Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tingkatkan Kelajuan PC atau “Laptop” Dengan Menggunakan “Pendrive”

Tingkatkan Kelajuan PC atau “Laptop” Dengan Menggunakan “Pendrive”

Diterbitkan Ogos 9, 2017 · Dikemas kini Ogos 9, 2017 oleh Tips Gajet

Tips kali ini kami kongsikan cara yang boleh anda cuba untuk meningkatkan kelajuan PC atau komputer riba anda. Cara ini tidak memerlukan kos yang besar, hanya sebuah “pendrive” terpakai sahaja. Teknik yang kami maksudkan ialah dengan menggunakan fungsi ReadyBoost. Kaedah ini berfungsi dengan menjadikan “pendrive” anda seolah sebuah storan SSD, yang mana ianya berfungsi khusus sebagai ruangan memproses data. Sekiranya PC atau “laptop” anda sudah  mempunyai Fungsi SSD, maka tidak perlulah anda menggunakan kaedah ini.

Caranya sangah mudah, ikut sahaja langkah-langkah berikut

Langkah 1

Masukkan pendrive yang sudah siap dikosongkan ke port USB komputer anda. Masuk ke MyComputer dan pilih Menu Properties

Tingkatkan Kelajuan PC atau “Laptop” Dengan Menggunakan “Pendrive”

Langkah 2

Pada menu properties, pilih menu ReadyBoost pada bahagian atas paparan tersebut.

Tingkatkan Kelajuan PC atau “Laptop” Dengan Menggunakan “Pendrive”

Langkah 3

Seterusnya pilih “Dedicate this device to ReadyBoost” dan klik “‘Ok”. Maka dengan itu, “pendrive” tersebut akan berfungsi seperti sebuah Storan SSD. Pastikan anda tidak mencabut pendrive tersebut semasa komputer masih beroperasi. Readyboost takkan berfungsi sekiranya “pendrive” ditanggalkan daripada komputer.

Tingkatkan Kelajuan PC atau “Laptop” Dengan Menggunakan “Pendrive”

Untuk mendapatkan kelajuan maksimum pastikan anda menggunakan “pendrive” versi 2.0 keatas sahaja. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY