TIME Lancar Pakej Internet 1Gbps Pada Harga RM199 Sebulan

Sejajar dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), TIME dotcom atau lebih dikenali sebagai TIME, telah menawarkan tiga pakej baru untuk langganan pengguna tempatan.

Perkhabaran mengenai capaian jalur lebar sehingga 1Gbps yang kedengaran sebelum ini nampaknya sudah rasmi, dimana memetik kenyataan media daripada SKMM, "ini adalah kali pertama pakej jalur lebar Gigabit diperkenalkan kepada sebahagian besar segmen penduduk di Malaysia."

Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut



Pengguna lama juga tidak dilupakan dimana kelajuan internet mereka akan dipertingkatkan dan TIME turut menyatakan pelanggan sedia ada akan terus membayar yuran langganan yang sama atau pada harga runcit baru, mengikut harga mana yang lebih rendah.