Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Uji Ciri ‘Repost’, Boleh Share Tanpa Rasa Bersalah

TikTok Uji Ciri ‘Repost’, Boleh Share Tanpa Rasa Bersalah

Diterbitkan Disember 21, 2021 oleh Bangman

Siapa yang tak kenal platform TikTok? Platform media sosial gergasi itu telah menjadi tumpuan ataupun lubuk perkara-perkara viral kini. Namun, agak susah untuk kita sebagai pengguna untuk berkongsi video daripada TikTok itu. Kini Tiktok sedang menguji ciri butang ‘repost‘.

Menurut perunding media sosial Matt Navarra, beberapa pengguna mula menyedari kewujudan butang ‘repost’ apabila mereka ingin berkongsi video di media sosial. Menurut Navarra, video yang telah dikongsi semula hanya dipaparkan kepada pengikut pengguna, bukannya di profil mereka.

TikTok is testing a ‘Repost’ button

h/t @adrianokev1 pic.twitter.com/Nwbj07GXsK

— Matt Navarra (@MattNavarra) December 19, 2021

Walau bagaimanapun, ia masih kurang jelas sama ada TikTok hanya menawarkan ciri baru ini untuk sesetengah pencipta kandungan ataupun untuk semua pengguna global.

Jika anda masih belum tahu, TikTok tidak pernah menawarkan ciri kongsi semula video secara rasmi. Pengguna perlu memuat turun dan memuat naik semula video itu, dan ia boleh mengakibatkan serangan hak cipta. Kini pengguna TikTok boleh berkongsi video tanpa perlu rasa bersalah. Bak kata pepatah, “fly tanpa rasa melekit“.

Sumber: Matt Nevarra

Baca juga:

  • Disangka Pil Tahan Sakit, Wanita Ini Tertelan AirPod
  • Cara Untuk “Senyapkan” Panggilan Daripada Nombor Yang Tidak Dikenali
  • Cara Menggunakan Google Maps Tanpa Sambungan Internet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY