Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Auto Scroll

Kandungan Langgar Undang-Undang Malaysia, TikTok Setuju Untuk Ambil Tindakan

Diterbitkan Ogos 28, 2023 · Dikemas kini Ogos 29, 2023 oleh ariff bukhari

Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa beliau telah memanggil wakil TikTok untuk hadir ke mesyuarat yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Datuk Manoj Kurup, dan Pengerusi MCMC Tan Sri Salim Fateh Din.

Mesyuarat itu telah pun berlangsung hari ini (28 Ogos 2023).

Fahmi Fadzil

Menteri memaklumkan hasil dari mesyuarat itu, pihak TikTok menyatakan untuk beri komitmen penuh memantau dan mengambil tindakan terhadap kandungan media sosial yang melanggar undang-undang Malaysia.

Ia termasuklah kandungan yang menyentuh isu 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) atau kandungan yang mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.

TikTok juga berkata pihak mereka akan bertindak dengan lebih efisien, selaras dengan Garis Panduan Komuniti Tiktok itu sendiri.

Dalam mesyuarat itu juga, Menteri KKD membangkitkan isu perbelanjaan pengiklanan yang kini dikaut oleh syarikat gergasi teknologi antarabangsa.

Beliau berkata, akan bantu memastikan industri media kekal mampan, termasuk dengan merancakkan perbincangan di antara Kerajaan, industri media, dan platform media sosial.

Berkaitan

  • Acara TikTok Awards Pertama Kali Diadakan Di Malaysia, Pertandingkan 7 Anugerah
  • vivo Pad Air Rasmi, Dikuasakan Snapdragon 870 Dan Skrin 144Hz
  • Ini Mungkin Rekaan Galaxy S24 Ultra Dengan Skrin Rata

Sumber: FB Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY