Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Uji Pelan Langganan Berbayar Tanpa Iklan

TikTok Diminta Sedia Mekanisme Baharu, Cegah Akses Pengguna Bawah Umur

Diterbitkan September 4, 2025 oleh Amalina Athman

Platform media sosial TikTok diminta menyediakan mekanisme berkesan berikutan kaedah sedia ada gagal membendung kehadiran pengguna bawah usia 13 tahun.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak serta menjauhkan mereka daripada kandungan berbahaya.

Menurutnya, antara pelanggaran utama di platform media sosial, termasuk TikTok, ialah kehadiran pengguna bawah umur yang melanggar garis panduan komuniti.

“Perlu ada satu mekanisme untuk membuat pengesahan umur dan kita serahkan kepada pihak TikTok, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meneliti apa mekanisme mengambil kira apa yang dilakukan negara-negara lain.”

Sejak 1 Januari hingga 31 Ogos 2025, sebanyak 76,002 kandungan berita dan maklumat palsu telah diturunkan daripada TikTok, manakala 10,730 kandungan lain kekal.

“Ini bermaksud peratusan penurunan adalah sebanyak 86%, penting saya tegaskan bahawa tindakan penurunan dibuat pihak platform sendiri berdasarkan garis panduan yang mereka terbitkan.”

Jelasnya lagi, isu utamanya ialah keselamatan dalam talian untuk memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada risiko hanya kerana platform tidak menguatkuasakan peraturannya sendiri.

Dalam pada itu, Fahmi berkata kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali media sosial seperti Meta dan X dalam masa terdekat untuk membincangkan dan meneliti isu kandungan berita palsu, maklumat mengelirukan serta isu keselamatan lain.

Beliau menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana penyalahgunaan platform media sosial bertujuan jenayah, khususnya jenayah penipuan yang menyasarkan kepada rakyat Malaysia.

Berkaitan

  • TikTok Ada Ciri Meditasi, Boleh Guna Sekarang Kalau Asyik 'Scroll' Sampai Pagi
  • TikTok Perkenal Ciri Baharu - Fokus Pada Ibu Bapa, Pencipta, Kesihatan Digital
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Pekerja TikTok Di Malaysia Dan UK Tergugat Dengan Gelombang AI
  • Tiada TikTok Live Di Indonesia Buat Sementara Waktu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY