Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Bytedance China AS_USA Today

TikTok Dilaporkan Bersedia Tutup Aplikasi Di AS Dalam Beberapa Hari Lagi

Diterbitkan Januari 16, 2025 · Dikemas kini Januari 16, 2025 oleh Amalina Athman

TikTok dilaporkan bersedia untuk menghentikan operasi aplikasi media sosialnya di Amerika Syarikat sebaik sahaja larangan persekutuan berkuat kuasa, melainkan jika terdapat pengecualian pada saat-saat akhir.

The Washington Post melaporkan bahawa Presiden Donald Trump, yang akan memulakan penggalnya sehari selepas larangan berkuat kuasa, sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan perintah eksekutif untuk menggantung pelaksanaan penutupan selama 60 hingga 90 hari.

Terdahulu, undang-undang yang ditandatangani pada April mewajibkan larangan muat turun aplikasi TikTok di Apple App Store atau Google Play Store, sekiranya syarikat induk dari China – ByteDance, gagal melepaskan pemilikan aset TikTok.

Presiden Biden tiada rancangan campur tangan

Seorang pegawai White House memberitahu Reuters pada Rabu bahawa Presiden Biden tiada rancangan untuk campur tangan, bagi menghalang larangan tersebut pada hari-hari terakhir beliau memegang jawatan, sekiranya Mahkamah Agung gagal bertindak.

Tambahnya, Biden secara undang-undang tidak dapat campur tangan tanpa adanya rancangan yang sah dari ByteDance untuk melepaskan TikTok.

Jika TikTok disekat, aplikasi itu merancang untuk memaparkan mesej pop-up kepada pengguna, yang mengarahkan mereka ke laman web dengan maklumat larangan itu, kata sumber yang meminta nama dirahsiakan kerana perkara itu belum diumumkan secara rasmi.

Syarikat itu juga dilaporkan akan memberi pilihan kepada pengguna untuk memuat turun semua data mereka.

Belum diputuskan

Ketika ini, Mahkamah Agung AS sedang menilai keputusan sama ada untuk mengekalkan undang-undang dan menguatkuasakan larangan TikTok pada 19 Januari 2025, membatalkan undang-undang tersebut, atau menangguhkan undang-undang untuk memberi lebih banyak masa bagi membuat keputusan.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • TikTok PayLater Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Aktifkannya
  • Instagram Jauh Lebih Popular Dari TikTok Dalam Kalangan Remaja Malaysia - Kajian
  • TikTok Berdepan Ancaman Sekatan Di AS, Pengguna Mula Beralih Ke 'Xiaohongshu'

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY