Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Salah Satu ‘Challenge’ Di TikTok Telah Dieksploitasi Untuk Memasang Perisian Hasad

TikTok Dilapor Rombak Unit Amanah & Keselamatan, Berhentikan Kakitangan

Diterbitkan Februari 21, 2025 · Dikemas kini Februari 21, 2025 oleh Amalina Athman

TikTok dilapor memberhentikan kakitangan global di unit amanah dan keselamatannya, yang mengendalikan moderasi kandungan.

Langkah itu sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula, menurut tiga sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Menurut laporan Reuters, dua sumbernya memberitahu bahawa Adam Presser, ketua operasi aplikasi yang turut menyelia unit tersebut, telah menghantar memo kepada kakitangannya pada Khamis untuk memaklumkan mengenai langkah itu.

Pemberhentian kakitangan itu dijalankan pada hari yang sama untuk pasukan-pasukan di Asia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Pada Oktober tahun lalu, TikTok telah memberhentikan ratusan kakitangan dari tenaga kerjanya di peringkat global, termasuk sebilangan besar kakitangan di Malaysia yang terlibat dalam bahagian moderasi kandungan.

Syarikat itu menyatakan bahawa ia mempunyai 40,000 profesional di unit amanah dan keselamatan di seluruh dunia. Namun, jumlah sebenar pekerja yang terjejas kali ini masih belum dapat disahkan.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • TikTok Malaysia Sahkan Pemberhentian Ratusan Kakitangan
  • Trump Arah Tubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat AS - Berpotensi Ambil Alih TikTok
  • TikTok Kembali Di Google Play Store, App Store AS Selepas Jaminan Trump

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY