Tidak Terkecuali, Aplikasi Signal Kini Disekat Di China

Aplikasi Signal mula mendapat perhatian sejak Elon Musk mengesyorkannya melalui Twitter beliau.

Walaupun populariti mula meningkat naik di seluruh dunia, aplikasi permesejan itu tidak terkecuali kerana ia kini telah disekat penggunaannya di China.

Ini termasuk dengan laman web Signal juga tidak boleh diakses semalam. Jika pengguna di China mahukannya, mereka perlu mengaktifkan VPN.

Namun, aplikasi ini masih tersedia di Apple App Store China tetapi ia sudah tidak lagi ditawarkan di Google Play Store.

Dengan ini, Signal mengikut jejak aplikasi media sosial lain yang sudah disekat seperti Facebook, Twitter, Instagram, Google serta Clubhouse.

Meskipun WeChat adalah aplikasi utama yang digunapakai rakyat China, ia tidak menghalang mereka untuk menggunakan Signal kerana privasi aplikasi ini lebih baik.

Buat pengetahuan, aplikasi Signal telah dimuat turun di China hampir 100 juta kali bagi kedua-dua platform iOS dan Android.

Sumber: Techcrunch