Tiada Penerbangan Dron Dibenarkan Sepanjang Sambutan Ambang Tahun Baru

Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita bakal memasuki tahun 2020, dan pastinya rata-rata antara anda kini sudah mempunyai pelbagai rancangan untuk menyambut ambang tahun baru, bukan?

Namun, kepada peminat dan pengguna dron, tindakan tegas bakal dikenakan jika ada di antara anda semua yang menerbangkan dron ketika sambutan ambang tahun baharu yang bakal bermula pada malam ini. Pihak polis akan serta merta mematikan dron demi memastikan keselamatan di tempat awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan dalam kenyataannya di Bernama menyatakan, "Kami akan menggunakan peranti khas untuk menyekat atau mematikan dron yang diterbangkan, dan ia bakal dikendalikan sendiri oleh pasukan khas polis".

Bermula dari jam 8 pagi ini hingga ke lewat tengah malam esok, lebih dari 1,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan sepanjang sambutan ini berlangsung. Pihak polis turut menjangkakan bahawa lebih dari 20,000 pengunjung bakal menghadiri sambutan ini, yang mana dijalankan serentak dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020.

Jadi, kerjasama dari orang ramai diminta agar tidak membawa atau menyalahgunakan dron supaya ia tidak menyederakan mana-mana pihak, mahupun ada kes perlanggaran dron di udara.

Sumber: Bernama

 

 

Berkaitan