Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Lagi Plaza Tol, Lebuh Raya Di India Pertama Di Dunia Akan Guna Sistem Tol Berasaskan Teknologi Satelit

Tiada Lagi Plaza Tol, Lebuh Raya Di India Pertama Di Dunia Akan Guna Sistem Tol Berasaskan Teknologi Satelit

Diterbitkan Jun 12, 2024 ยท Dikemas kini Jun 12, 2024 oleh ariff bukhari

India kini sudah bersedia untuk memperkenalkan sistem kutipan tol baharu yang berasaskan teknologi satelit.

Secara tradisinya, pembayaran tol dibuat di plaza tol, yang memerlukan tenaga kerja dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, walaupun dengan FASTag yang menggunakan teknologi RFID.

Tetapi sistem kutipan tol berasaskan GPS yang menggunakan satelit dan sistem pengesanan di dalam kereta untuk mengukur jarak perjalanan dan mengenakan bayaran sewajarnya .

Menggunakan GNSS dan GPS, sistem ini akan mengecaj kenderaan berdasarkan jarak perjalanan, menghapuskan plaza tol dan menambah baik pengalaman perjalanan penggunanya.

Sistem ini menggunakan teknologi seperti Global Positioning System (GPS) dan GPS Aided GEO Augmented Navigation (GAGAN) India untuk pengiraan tol berasaskan jarak yang tepat.

Inovasi ini bertujuan untuk memodenkan kutipan tol, yang berpotensi meningkatkan hasil kepada Rs 1.40 trilion dalam tempoh 2-3 tahun akan datang apabila India beralih kepada sistem kutipan tol termaju ini.

“Ini akan menjadi yang pertama di dunia teknologi sedemikian diperkenalkan,” kata Nitin Gadkari, Menteri Kesatuan Pengangkutan India.

Syarikat Pengurusan Lebuhraya India Limited (IHMCL), yang dipromosikan oleh Pihak Berkuasa Lebuhraya Kebangsaan India (NHAI), telah menjemput Global Expression of Interest (EOI) untuk membangunkan dan melaksanakan sistem Kutipan Tol Elektronik (ETC) berasaskan GNSS itu di India.

Walaupun menghadapi cabaran, seperti peningkatan infrastruktur, sistem ini menandakan kemajuan yang ketara dalam sektor pengangkutan India.

Berkaitan

  • Pengguna Jambatan Pulau Pinang Kini Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: The Economic Times, National Highway Authority of India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY