Ia melambangkan telur yang akan menetas dan menjadi burung sesuai dengan logo Twitter.
Namun setelah hampir 7 tahun ia digunakan, syarikat itu bakal menggunakan gambar yang lebih berbentuk manusia pula.
Jadi kenapa Twitter menukar gambar telur tersebut?
Berikut merupakan jawapan dari Twitter:
- Tahun lepas Twitter memberi nafas baru terhadap jenamanya, dan mereka sedar gambar "default" tersebut perlu diubah juga.
- Terdapat pengguna yang kekal menggunakan gambar telur tersebut, tapi Twitter mahukan pengguna menggunakan gambar profil sebenar.
- Twitter melihat satu corak tingkah laku dimana kebanyakkan akaun "telur" dicipta hanya untuk mengganggu orang lain (mereka tidak mengambil masa lama untuk kemaskini akaun). Jadi ia kurang adil bagi mereka yang baru mendaftar akaun Twitter kerana mungkin akal dituduh sebagai akaun palsu.
Dengan gambar baru "default" ini, syarikat berharap lebih ramai pengguna mengekspresikan diri mereka di Twitter.
Sumber: Twitter
Berkaitan
- Pengguna Twitter Mahu Fungsi "Edit" Bukan "Stories"
- Ramai Persoal Mengapa Netflix Malaysia Di Twitter Tidak Gunakan Bahasa Kebangsaan
- TM Perkenalkan Aplikasi care@unifi, Memudahkan Anda Mengurus Akaun Unifi
- Mahu Bantuan Teknikal Tentang Android? Guna Tanda Pagar #AndroidHelp Di Twitter
- Twitter Sedang Menguji Ciri Seakan Tweetstorm Pada Aplikasi Mereka
- Sayang Akaun Facebook Anda? Ikuti Langkah Berikut Untuk 'Backup' Data Dari Akaun Facebook
- Facebook Dan Instagram Larang Akaun Pengguna Bawah 13 Tahun
- Cara Semak Baki Akaun ASNB Menerusi Aplikasi Maybank2u Dan ATM
- Aplikasi Telegram Kini Menyokong Lebih Dari Satu Akaun Nombor Telefon
- Pemegang Akaun Public Bank Kini Boleh Menggunakan Perkhidmatan Samsung Pay