Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
The Umbrella Academy Kembali, Netflix Menampilkan Adegan Pembukaan Musim Kedua

The Umbrella Academy Kembali, Netflix Menampilkan Adegan Pembukaan Musim Kedua

Diterbitkan Julai 30, 2020 oleh Nadiah Ab

the umbrella

The Umbrella Academy kembali untuk musim kedua di Netflix pada hari Jumaat ini, 31 Julai 2020. Netflix mengambil langkah bijak dengan memberi penampilan awal adegan pembukaan musim baru tersebut semalam melalui laman Twitter Netflix UK & Ireland.

Kita sedia tahu bahawa musim pertama telah menyaksikan watak utama melompat ke pusaran waktu untuk melarikan diri dari pengakhiran dunia. Kini, dari adegan pembukaan di bawah, anda akan dapat melihat adik-beradik ini berada pada tahun 1963 ketika pencerobohan Soviet.

https://twitter.com/NetflixUK/status/1288459476023095298

Dalam klip di atas, Five jatuh dari pusaran yang berpusing pada 25 November 1963 di tengah pekan Dallas yang sedang terbakar. Dalam masa yang sama, kereta-kereta kebal Soviet sedang menyerbu pekan tersebut, dan tentu saja, adik-beradiknya juga berada di situ. Seperti semua adegan aksi ikonik dalam siri itu, pilihan muzik yang tidak dijangka mula dimainkan iaitu My Way oleh Frank Sinatra.

Berdasarkan komik hasil karya Gerard Way, The Umbrella Acedemy mengisahkan enam adik-beradik yang mempunyai kuasa luar biasa. Dibesarkan oleh seorang bapa yang eksentrik dan sangat tegas, adik-beradik ini bersatu semula selepas kematiannya.

The Umbrella Academy Kembali, Netflix Menampilkan Adegan Pembukaan Musim Kedua

Musim pertama berakhir dengan pengakhiran dunia dan enam beradik ini melompat melalui pusaran masa yang berpusing, yang nampaknya telah membawa mereka ke tahun 1960-an.

Saksikan siri The Umbrella Academy musim kedua di Netflix 31 Julai ini.

Sumber: Digital Spy

Baca seterusnya: Filem Aksi Hebat Yang Didominasi Oleh Pelakon Wanita

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY