'The Umbrella Academy' Kembali Untuk Musim Kedua Pada 31 Julai

Siri superhero komedi gelap Netflix, The Umbrella Academy kembali untuk musim kedua. Musim baru ini akan menyusuri kenangan masa lalu di mana adik-beradik Hargreeves yang eklektik mendapati diri mereka terpisah dan terjebak dalam Swinging Sixties.

The Umbrella Academy telah diadaptasikan daripada komik yang ditulis oleh Gerard War dan Gabriel Bá. Siri ini mengisahkan kehidupan tujuh beradik yang mempunyai kuasa ghaib sejak lahir dan telah diambil sebagai anak angkat kepada seorang jutawan untuk memerangi jenayah.

Trailer rasmi bagi musim kedua masih belum dikeluarkan. Walaupun begitu, ketujuh-tujuh watak utama siri ini telah bersama-sama mengumumkan tarikh tayangannya melalui sebuah video pendek yang menarik.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=QGAlNkI3mJQ&feature=emb_title[/embed]



[embed]https://twitter.com/UmbrellaAcad/status/1277602735198818305[/embed]


Ke manakah mereka dibawa? Adakah mereka berjaya menyelamatkan diri dari Swinging Sixties? Nantikan 31 Julai ini hanya di Netflix.

Sumber: Cosmopolitan