Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tetapan Zon Masa Dunia Jadi Simbol Kuasa Negara

Tetapan Zon Masa Dunia Jadi Simbol Kuasa Negara

Diterbitkan Disember 19, 2025 oleh ariff bukhari

Asas bagi sistem zon waktu global telah dibentuk pada Persidangan Meridian Antarabangsa pada tahun 1884 dahulu.

Tetapi ia mengambil beberapa dekad untuk ia diterima di seluruh dunia.

Tanpa pihak berkuasa antarabangsa yang bertanggungjawab, negara-negara boleh memilih zon mereka sendiri.

Zon masa sering dianggap sebagai susunan geografi semata-mata yang ditentukan oleh kedudukan longitud dan pergerakan matahari.

Namun hakikatnya, keputusan tentang jam rasmi sesebuah negara lebih banyak dipengaruhi oleh politik berbanding faktor astronomi.

Fenomena ini menjadikan kehidupan seharian di banyak tempat tidak selari dengan waktu semula jadi.

Kebanyakan negara hanya memerlukan satu zon waktu. Tetapi di negara yang lebih besar, kerajaan mempunyai pilihan untuk menentukkannya.

Contoh paling jelas ialah China, sebuah negara yang merentasi lima zon masa tetapi memilih untuk menggunakan satu waktu rasmi iaitu Beijing Time.

Akibatnya, bandar seperti Kashgar di Xinjiang mengalami matahari terbit dan terbenam pada waktu yang jauh berbeza daripada jam rasmi.

Hal ini bukan sahaja menjejaskan rutin harian, malah mencerminkan kuasa politik pusat dalam menentukan identiti nasional.

Namun, tidak semua perubahan zon waktu sebegitu ekstrem seperti di China.

Negara lain mungkin hanya menyesuaikan waktu mereka untuk menegaskan identiti politik mereka, atau ekonomi.

Sebagai contoh, pada tahun 2023, setahun selepas mengambil alih kuasa yang berkaitan dari Denmark, Greenland memajukan jam mereka sejam, untuk memastikan lebih banyak waktu bertindih dengan waktu perniagaan di Eropah.

Rusia pula mengekalkan pelbagai zon masa, tetapi sering melakukan pelarasan demi kepentingan ekonomi dan pentadbiran.

Contoh lain kekuasaan politik mempengaruhi tetapan zon masa berlaku pada tahun 2021 apabila sepuluh tahun selepas merdeka dari Sudan, Sudan Selatan telah menetapkan mengundurkan jamnya sebanyak satu jam, walaupun rakan dagangan terbesarnya masih menggunakan Waktu Afrika Timur.=

Tetapan Zon Masa Dunia Jadi Simbol Kuasa Negara

Kesan daripada keputusan politik ini nyata dalam kehidupan masyarakat.

Zon masa yang kelihatan teknikal, sebenarnya adalah simbol kuasa dan identiti sesebuah negara.

Zon masa menjadi bukti bahawa politik mampu mengubah bukan sahaja persepsi masa, tetapi juga ritma kehidupan manusia.

Berkaitan

  • Cara Tukar Zon Masa Di Aplikasi Gmail
  • Cara Memaparkan Zon Masa Bagi Setiap Negara Pada iPhone
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY