Tetapan Baru WhatsApp, Hanya 'Admin' Yang Boleh Menghantar Mesej

Penggunaan kumpulan Whatsapp sememangnya memudahkan urusan menyampaikan maklumat terutama dalam kumpulan yang besar. Namun, suasana dalam kumpulan Whatsapp akan menjadi huru-hara apabila semua ahli kumpulan mula berbual antara satu sama lain dan melupakan tujuan utama perbualan dalam kumpulan itu.

Whatsapp telah menambah tetapan baharu di mana hanya admin kumpulan Whatsapp sahaja boleh menghantar mesej. Perbualan satu hala ini akan memudahkan ahli dalam kumpulan Whatsapp seperti ibu bapa, guru, pekerja mahupun komuniti atau organisasi untuk menerima maklumat penting terutamanya . Ahli kumpulan Whatsapp kini tidak perlu lagi terbeban dengan perbualan yang tidak penting dalam kumpulan Whatsapp.



 

Untuk mengaktifkan tetapan ini, buka “Group Info”, tekan Group Settings > Send Messages dan pilih “Only Admins". Tetapan ini dilancarkan kepada semua pengguna versi terkini Whatsapp.

Sumber