Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LA Times Tesla

Tesla Rancang Untuk Buang Lebih Ramai Pekerja Kerana Ekonomi Yang Semakin Perlahan

Diterbitkan Disember 22, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Sekali lagi, musim pemecatan pekerja bermula dan kali ini ia berlaku di dalam sebuah syarikat pembuatan automotif yang berjaya iaitu Tesla.

Berkaitan

  • Kereta Tesla Kini Boleh Memainkan 'Game' Steam
  • KKD: Akan Datang, Berita Baik Untuk Pengguna Internet Jalur Lebar
  • Shopee Naikkan Caj Komisen Kepada Penjual Mulai 10 Januari 2023
  • WhatsApp Tambah Pilihan Pengesahan Baharu Untuk Log Masuk Peranti Kedua
  • Netflix Akan 'Banteras' Perkongsian Kata Laluan Bermula Awal 2023

Syarikat ini juga menyatakan bahawa mereka akan membeku proses mencari pekerja yang baharu. Namun, maklumat lanjut mengenai bilangan atau tarikh bermulanya proses pembekuan itu masih lagi belum diketahui.

Sama seperti perniagaan yang lain, Tesla mengalami kadar ekonomi yang perlahan untuk beberapa bulan yang lepas.

Walau bagaimanpun, Tesla telah bercadang mengembangkan bilangan kilang pembuatan mereka di Mexico.

Proses pemecatan adalah dalam kalangan pekerja yang bergaji serta bilangan pekerja yang agak ramai di bahagian Autopilot.

Syarikat automotif tersebut mempunyai peningkatan dalam bilangan automotif yang dihasilkan. Namun, harga stok mereka telah menurun sekitar 65% sepanjang tahun ini dan 22% untuk bulan ini sahaja.

Ini menimbulkan kerisauan antara pelabur-pelabur Tesla kerana CEO syarikat itu, Elon Musk, telah menumpukan perhatiannya kepada Twitter sahaja.

Oleh disebabkan itu, pelabur-pelabur ini mengambil keputusan untuk tarik diri dan membawa kepada penjualan semula stok.

Beberapa syarikat telah mula memberhentikan pekerja dan membekukan proses pengambilan. Antaranya adalah Rivian, Stellantis, Meta, Apple, Amazon, Snap, Roku, dan Peloton.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY