Terjemah Teks Google Translate Melalui Kamera Kini Menyokong Bahasa Melayu

Bagi yang kerap menggunakan aplikasi Google Translate, anda mungkin sudah maklum mengenai ciri terjemahan teks yang boleh dibuat melalui kamera. Buka aplikasi Google Translate, pergi ke ciri terjemahan menggunakan kamera, halakan lensa pada mana-mana teks dan ia boleh menterjemah ayat yang dimahukan.



Kini, ciri terbabit telah menyokong 60 bahasa baru  termasuklah bahasa Melayu. Antaramuka ciri ini juga menerima penambahbaikan yang menghadirkan tiga mod pada bahagian bawah iaitu Instant, Scan dan Import.

Google turut menyatakan bahawa terjemahan secara masa sebenar ini telah dipertingkatkan dengan bantuan Neural Machine Translation (NMT) yang boleh mengurangkan kadar kesilapan terjemahan sehingga 55% ke 88% bagi beberapa bahasa.

Sokongan bahasa terbaru ini telahpun dilepaskan dan mungkin kemaskini ini memerlukan beberapa minggu lagi sebelum anda boleh muat turun dari Google Play Store.

Sumber: Google