Terjemah Bahasa Hanya Menggunakan Kamera Telefon Pintar

Ketika anda pergi bercuti ke luar negara, pemahaman tentang bahasa yang digunakan di negara yang anda lawati amatlah penting. Tidak hanya untuk berkomunikasi, tetapi berguna untuk membaca papan tanda untuk melihat arah jalan agar tidak tersesat.

Jika ayat yang digunakan pada papan tanda tersebut menggunakan bahasa latin, mungkin tidak bermasalah bagi anda untuk membuat carian di Google. Tetapi bagaimana pula jika menggunakan huruf yang sukar seperti Jepun, China atau Rusia?

Anda sangat beruntung untuk hidup dizaman yang serba-serbi canggih dan mudah. Kini anda boleh menggunakan kamera telefon pintar untuk menterjemah bahasa asing dengan mudah dan pantas. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menjadikan kamera telefon anda sebagai penterjemah bahasa.

  1. Pastikan anda memuat turun aplikasi Google Tranlaste kedalam telefon pintar.


 

15778175_10206138833308356_1128502896_o

 

google-translate-with-camera-5

15817558_10206136463969124_944260490_o

2. Supaya boleh digunakan secara luar talian , masuk ke aplikasi Google Translate, klik menu (ikon tiga baris) dan pilih "Offline Translation". Muat turun bahasa negara mana yang anda hendak pergi dan sudah semestinya muat turun bahasa yang anda fahami seperti bahasa Melayu dan juga Inggeris

3. Untuk mula menterjemah bahasa asing, pergi ke aplikasi Google Translate dan pilih bahasa yang ingin diterjemah pada ruang kiri atas, dan pilih bahasa untuk hasil terjemahan di ruang kanan atas.

4. Klik ikon kamera, lalu halakan kamera ke arah teks yang ingin diterjemah. Secara automatik, hasil terjemahan akan dipaparkan secara masa sebenar.

15784944_10206139006112676_1361154875_o

15820557_10206139006432684_158186782_o

4. Walaupunbegitu, tidak semua terjemahan boleh diterjemah secara masa sebenarJadi anda perlu tekan butang capture (ikon kamera berwarna merah) untuk tangkap gambar ayat tersebut, dan highlight ayat mana yang hendak diterjemah dengan menggunakan jari. Selepas itu, terjemahan ayat akan dipaparkan di bahagian atas.

Mudah bukan?