Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Batal Kerjasama Antara TM Dan TNB Boleh Elak Monopoli Dalam Industri

Terdapat Surcaj 3.70 sen/kWj Pada Bil Bulanan Pengguna Komersial Dan Industri

Diterbitkan Februari 3, 2022 oleh ariff bukhari

Pada 1 Januari 2022 lalu, Kerajaan telah pun memaklumkan bahawa tarif elekktrik di semenanjung kekal mulai 1 Januari 2022 hingga ke satu tarikh yang akan ditentukan.

Kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Imbalance Cost Pss Through (ICPT) mulai 1 Januari 2022 hingga ke satu tarikh baru yang akan di tentukan.

Pada 28 Januari lalu, Kerajaan menerusi Suruhanjaya Tenaga telah menyatakan persetujuan untuk mengekalkalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna dosmestik di Semenanjung untuk tempoh kawal selia bermula 1 Februari 2022 hingga 31 Disember 2024.

Malah pengguna domestik di Semenanjung juga kekal terima rebat 2 sen/kWj.

Kerajaan juga memaklumkan, walaupun berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan sehingga RM1.67 bilion, tiada kenaikan tarif elektrik pada pengguna domestik Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Februari 2022 hingga 30 Jun 2022.

Tetapi pengguna komersil dan industri akan dikenakan surcaj sebanyak 3.70 sen/kWj.

caj elektrik (2)
Pengguna Domestik kekal menikmati rebat 2.00 sen/kWj yang sedia ada. Bagi pengguna Komersial dan Industri, terdapat surcaj 3.70 sen/kWj pada bil bulanan.

Walaubagaimanapun, pengenaan surcaj kepada semua pengguna komersil dan industri di Kulim Hi-Tech Park, Kedah (KHTP) adalah sedikit lebih tinggi iaitu sebanyak 3.88 sen/kWj.

elain itu, Kerajaan juga menyatakan persetujuanĀ  untuk mengekalkan kadar tarif elektrik semasa di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 34.52 sen/kWj bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024.

Secara keseluruhannya Suruhanjaya Tenaga memaklumkan, Kerajaan Persekutuan telah memberikan subsidi sebanyak RM7.64 bilion bagi mengekalkan kadar tarif semasa untuk pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sumber: sabah wp labuan st.gov.my, semenanjung st.gov.my, khtp st.gov.my, tnb

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY