Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terbang Tanpa Henti Dan Rehat, Burung Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Baharu

Terbang Tanpa Henti Dan Rehat, Burung Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Baharu

Diterbitkan Januari 6, 2023 · Dikemas kini Januari 6, 2023 oleh ariff bukhari

Rekod Dunia Guinness telah mencatatkan seekor burung dengan nombor bertanda “234684” dalam rekod mereka.

Ia selepas salah seekor burung yang dikenali dengan nama bar-tailed godwit (Limosa lapponica) itu berjaya terbang dari Alaska ke Australia yang jaraknya sejauh 13,560 kilometer tanpa henti untuk makan atau rehat.

Ia sekaligus memecah rekod dunia penghijrahan tanpa henti paling lama yang pernah dilakukan oleh seekor burung.

Rekod Dunia Guinness menyatakan, jarak yang dilalui burung itu adalah bersamaan dengan dua setengah perjalanan antara London dan New York, atau kira-kira satu pertiga daripada lilitan penuh planet Bumi.

Berdasarkan kepada tag satelit 5G yang dipasang pada bahagian bawah punggung burung berusia 5 bulan itu, perjalanan epik itu bermula pada 13 Oktober 2022 lalu dan berterusan selama 11 hari dan satu jam tanpa burung itu mendarat sama sekali.

Menjelaskan keupayaan burung itu, Godwits mampu menggantikan lemak yang kaya dengan tenaga dengan menyerap 25% daripada tisu yang membentuk saluran pencernaan, hati dan buah pinggang mereka.

Ini dimungkinkan melalui proses biologi yang dikenali sebagai autophagy (“makan sendiri”) iaitu satu mekanisme yang membolehkan badan mengitar semula bahagian dirinya apabila diperlukan.

Godwits juga boleh menjadikan jantung dan otot dada mereka lebih besar pada pertengahan penerbangan untuk membekalkan lebih banyak tenaga dan oksigen ke kawasan ini.

Berkaitan

  • Untuk Masa Terhad, 2 Game Berharga RM114 Ini Diberi Secara Percuma
  • Malaysia Sasar Ada 10,000 Stesen Pengecasan EV Menjelang 2025
  • Tonton Trailer Awal Filem Yang Diadaptasi Dari 'Game' PlayStation

Sumber: Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY