Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Radar Sistem

Terancam Dengan Starlink, China Bangunkan Sistem ‘Anti-Starlink’

Diterbitkan November 16, 2022 oleh Firdaus

Sebelum ini, kita mendapat berita yang China sedang menyediakan pelan untuk memusnahkan satelit Starlink atas sebab keselamatan dan potensi pengawasan mungkin ada pada satelit tersebut.

Terancam Dengan Starlink, China Bangunkan Sistem ‘Anti-Starlink’

November ini, China telah mendedahkan SLC-18P di Pertunjukkan Udara Zhuhai, sebuah radar berteknologi tinggi yang mampu menjejak objek di angkasa.

SLC-18, le radar à antenne AESA en bande P, pour la détection des cibles furtives et aussi des cibles en orbite.

CETC à #ZhuhaiAirShow2022. pic.twitter.com/273NMWdzQ6

— East Pendulum (@HenriKenhmann) November 7, 2022

Netizen China menggelarkan radar tersebut sebagai Anti-Starlink.

Image

Hal ini demikian kerana penganalisis percaya radar tersebut mampu mensasarkan satelit di Orbit Bumi Rendah (LEO). Satelit LEO berada dalam julat jarak antara 500km ke 2,000km daripada Bumi.

Kemampuan Teknikal Sistem Radar SLC-18P

SLC-18P adalah sistem radar paling maju sekali dalam acara pertunjukkan itu. Radar ini dilengkapi teknologi penjejakan multi-sasaran dan julat carian yang begitu luas.

Terancam Dengan Starlink, China Bangunkan Sistem ‘Anti-Starlink’

Tambahan lagi, radar ini mampu beroperasi dalam pelbagai jenis keadaan cuaca membuatkan ia begitu cekap dalam menjejaki sasaran.

Berkaitan

  • Kedai Papan Kekunci Mecha Dibuka Malaysia, Rasa Dan Reka 'Keyboard' Anda Ikut Citarasa Sendiri
  • Sebahagian Cip Apple Akan Dibekalkan Dari Amerika Syarikat, Mahu Banyakkan Kilang Di Eropah
  • Penerbangan Pertama AirAsia X KL-Jeddah Selamat Berlepas, Usaha Sama Dengan IKHLAS
  • Akhirnya Roket Paling Berkuasa NASA Misi Ke Bulan Dilancarkan
  • PLUS Beri Jadual Cadangan Perjalanan Untuk Pengguna Lebuh Raya Balik Mengundi

Mengapakah China Begitu Terancam Dengan Satelit Starlink?

Mengikut sumber, China mula terancam akan Starlink dalam jalinan kerjasama antara Starlink dengan Jabatan Pertahanan kerajaan AS pada tahun 2020.

Mereka juga mendakwa Starlink mempunyai ciri pengawasan maju yang mampu menjejak sebarang misil daripada China.

Keadaan lebih keruh apabila 2 satelit Starlink bergerak begitu hampir dengan Stesen Angkasa China pada tahun 2021.

Sumber: EurAsian Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY