Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasaran Jam Tangan Pintar Global Meningkat, Apple Kekal Di Kedudukan Teratas

Tentera AS Dilarang Hidupkan Jam Pintar Yang Diterima Melalui Surat

Diterbitkan Jun 26, 2023 oleh ariff bukhari

Jabatan Siasatan Jenayah Tentera Darat, Amerika Syarikat atau CID, dalam satu pengumuman minggu lalu mengesan jam tangan pintar yang mampu menyambung secara automatik ke telefon bimbit dan sambungan Wi-Fi, kemudian mendapat akses kepada data pengguna telah dihantar kepada anggota tentera A.S. secara rawak.

Ia meningkat kebimbangan serangan siber dengan amaran bahawa jam tangan itu mungkin mengandungi perisian hasad yang berpotensi memberi penjenayah akses kepada data yang disimpan untuk memasukkan maklumat perbankan, kenalan dan maklumat akaun seperti nama pengguna dan kata laluan .

Malah CID juga berkata, perisian hasad mungkin berupaya mengakses suara dan kamera, membolehkan penjenayah mengakses perbualan dan akaun yang terikat dengan jam tangan pintar.

CID menambah, amalan menghantar produk kepada individu yang kelihatan rawak melalui surat seperti ini kebiasaannya adalah tiruan.

Ia bagi membolehkan syarikat itu menulis ulasan positif atas nama penerima yang membolehkan mereka bersaing dengan produk yang telah sedia ada.

Sehubungan itu pihak CID meminta sesiapa yang menerima produk seperti ini melalui surat supaya tidak menghidupkan peranti tersebut.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Ini Cara Kenali Telefon vivo Asli Atau Tiruan
  • CeX Buka Kedai Pertama Di Malaysia, Jual Peranti Terpakai Dengan Jaminan 2 Tahun

Sumber: CID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY